Sunday, April 26, 2009

Ulasan Kuliah Minggu 1

Definisi

Kajian Tindakan bermaksud satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik atau seseorang bagi sesuatu topik atau isu tertentu. Dalam pendidikan kajian tindakan seorang guru adalah yang berkaitan dengan permasalahan harian yang dilalui oleh seseorang guru yang bertujuan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di dalam bilik darjah.

Ulasan

Dalam sesuatu kajian tindakan, ia haruslah terdapat maklumat yang penting bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Antara maklumat tersebut seperti data, maklumat,
pengetahuan dan hikmah. Data ialah sesuatu bahan yang belum diproses. setelah diproses data itu akan menjadi maklumat. Dari maklumat,ia akan menjadi pengatahuan setelah diproses dan hikmah ialah satu maklumat yang sukar dicapai oleh semua orang. Dimana seseorang yang sudah menguasai secara pasti pengetahuan yang dipelajari, maka dia akan mencapai tahap hikmah.

Untuk mendapatkan data yang diingini, haruslah mengikut prosuder yang ditetapkan dalam etika kajian tindakan. Antaranya, pertama mengenalpasti masalah yang timbul, mengumpul data untuk menjawab soalan dan dengan mengemukakan jawapan kepada soalan yang diperolehi.

Kajian Tindakan penting bagi seseorang guru itu kerana ia banyak mendatangkan manfaat dan kebaikan. Antaranya boleh menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. selain itu ia juga dapat menambah ilmu seseorang guru dalam pelbagai kemahiran dalam menyelidik sesuatu kajian itu.

Manakala antara yang terkandung dalam model kajian tindakan ialah merancang, bertindak iaitu laksanakan perancangan, memerhati iaitu mengumpul bukti dan proses mereflek iaitu mengalisis dan refleksi.

Antara jenis kajian tindakan yang sering dilakukan oleh seorang guru itu ialah secara individu, di peringkat sekolah, peringkat daerah dan secara kolaboratif iaitu secara berkumpulan.

Kajian Tindakan adalah satu langkah berterusan oleh guru untuk menilai dan mengesan keberkesanan amalan sendiri.

Untuk makluman lanjut, layari laman web dibawah :

1) http://www.teachersrock.net/kajian%20tindakan.htm

2) http://www.semestian.net/ghalib/?p=16

3) www.skpj1.com/DOWNLOAD/KAJIAN%20TINDAKAN.doc

4) http://www.geocities.com/starsdoc/kajitindak.htm