Friday, June 5, 2009

Ulasan Jurnal Ilmiah (Tugasan 2)

Artikel 1 – Gifted students’ perceptions of learning English as a foreign language (Zuhal Okan and Dugyu Ispinar, Cukurova University, Faculty of Education, ELT Department, Balcall, Adana, Turkey)

Artikel 2 – Historical Inquiry with Fifth Graders : An Action Research Study (Theresa M. McCormick, Auburn University)

Artikel 3 - An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Arts Activities in a Sixth Grade Social Studies Classroom(Courtney Kosky, West Virgina University and Reagan Curtis, West Virginia University)

Ulasan

Artikel 1

Sampel – Pelajar pintar cerdas yang berumur 10-12 tahun yang menghadiri kelas di Adana dan BILSEM.

Setting – dijalankan di ‘The Center for Gifted Children (BILSEM)’ di Adana. Ini adalah pusat mengiktiraf pelajar-pelajar pintar cerdas dalam pendidikan di Adana, Turkey.

Prosuder Kajian

- dijalankan secara kolaboratif (dua orang pensyarah di Fakulti Pendidikan, Cukurova University, Adana, Turkey)

- dijalankan di dua kelas iaitu di kelas biasa dan di kelas BILSEM di Adana Turkey.

- tujuan utama kajian adalah untuk memberi penjelasan tentang tingkah laku kumpulan pelajar pintar cerdas berkaitan pengalaman pelajar mempelajari bahasa asing.

Metodologi - dalam projek kajian ini pelajar pintar cerdas yang berumur 10-12 tahun dikehendaki menjalani 3 aktiviti di dalam kelas semasa sesi pengajaran Bahasa Inggeris.

Pengumpulan data

1) Soal Selidik

- Pelajar yang mengambil bahagian akan menjalani sesi soal selidik di mana soalan akan berkisar tentang pendapat mereka terhadap Bahasa Inggeris. Soal selidik diadaptasikan dari Gregory.

2) Kajian di dalam bilik darjah.

- fasa kedua di dalam kajian ini dilakukan, kajian dilakukan di dalam bilik darjah untuk menjalani soal selidik yang dimajukan oleh Brookfield (Class Critical Incident). Pelajar hendaklah menjawab soalan berdasarkan kaitan dengan tiga aktiviti yang berbeza dalam sesi pengajaran Inggeris. Ini bertujuan untuk mengetahui reaksi pelajar berkaitan bahagian tertentu dalam sesi pengajaran dan pandangan mereka terhadap aktiviti yang dilakukan.

Penganalisisan data – Data dikumpul daripada soal selidik yang dilakukan.
Pada fasa pertama iaitu soalan soal selidik, pelajar dikehendaki menjawab soalan yang merangkumi 3 bahagian iaitu sikap pelajar terhadap mata pelajaran, sesi pengajaran dan pembelajaran dan guru Bahasa Inggeris.
Pada fasa kedua, pelajar dikehendaki menjalani 3 aktiviti yang dijalankan semasa kelas Inggeris di BILSEM. Setiap aktiviti yang dilakukan akan menjalani soal selidik sejurus selepas aktiviti dijalankan. Soal selidik setiap aktiviti akan merangkumi 4 perkara yang akan disoal terhadap pelajar. Pertama, apa yang dilakukan semasa aktiviti dilakukan?. Kedua, bahagian yang paling sukar dalam aktiviti yang dilakukan. Ketiga, apa perubahan yang mahu dilakukan terhadap aktiviti. Keempat, apa yang paling digemari semasa aktiviti dijalankan.


ARTIKEL 2

Sampel – dijalankan terhadap 119 orang pelajar darjah 5 daripada 5 kelas di Green Mountain School di bahagian komuniti pedalaman luar bandar di selatan United States. Semua pelajar berumur di kalangan 10-12 tahun dan lebih ramai pelajar lelaki daripada pelajar perempuan.

Setting – dijalankan di dalam bilik darjah.

Prosuder kajian

- menggunakan 2 soalan asas sepanjang pemerhatian di lakukan.

1) What are a group of fifth-grades’ perceptions about their motivation to learn history before and after a six-week, historical inquiry in-structional model?
(Apa persepsi sekumpulan pelajar darjah 5 berkenaan motivasi mereka terhadap mata pelajaran sejarah sebelum dan selepas enam minggu?)

2) What effect, if any, did the historical inquiry model have on a group of fifth-grades’ motivation to learn history both in and outside the classroom?
(Apakah kesan apabila model penyelidikan sejarah dijalankan terhadap pelajar darjah 5 memberi motivasi kepada pelajar untuk mempelajari sejarah di dalam dan di luar bilik darjah?)

-penyelidik melakukan kajian selama 6 minggu terhadap 119 orang pelajar darjah 5 kelas kemanusiaan. Dengan melakukan refleksi secara persendirian. Dalam perlaksanaan kajian ini, penyelidik memfokuskan terhadap perancangan, perbuatan, pemerhatian dan refleksi.

-tujuan penyelidik melakukan kajian tindakan adalah untuk memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar di dalam kelas. Beliau ingin mengetahui adakah pengajaran berpusatkan pelajar akan membantu pelajar sentiasa ingat berkaitan pelajaran yang lepas.

Metodologi

-Kajian ini berasaskan dasar kajian tindakan mengikut susunan soalan kajian yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Di mana ia timbul daripada kajian guru, pelaksanaan yang focus kepada perancangan, kelakuan, pemerhatian dan refleksi dari susunan keputusan yang diperolehi daripada kajian yang dijalankan terhadap pelajar darjah 5 kelas kemanusiaan.


Pengumpulan data

-Tinjauan = pengkaji menggunakan keadah tinjauan bagi mendapatkan pandangan dan pengalaman pelajar terhadap pembelajaran kemanusiaan khususnya mata pelajaran sejarah yang dijalankan selama 6 minggu. Terdapat 15 item yang diuji dengan menggunakan 4 skala pilihan daripada tidak sehingga selalu. Ini merangkumi 4 asas perkara iaitu pertama motivasi pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah. Kedua, aktiviti yang diminati pelajar semasa mempelajari Sejarah. Ketiga, cabaran pelajar semasa mempelajari Sejarah. Keempat, motivasi pelajar untuk mempelajari Sejarah di luar bilik darjah.

-Kerja Lapangan = pengkaji akan merakam segala apa yang didengar dan dilihat semasa pelajar sedang melakukan aktiviti dalam kelas harian untuk mata pelajaran Sejarah. Semasa pemerhatian, pengkaji menggunakan perakam audio-tape. Beliau merakam segala tingkah laku atau respon pelajar yang secara formal ataupun secara spontan semasa mempelajari pelajaran Seajarah. Audio-tape ini akan ditranskripkan untuk mengalisis data. Segala rakaman yang dilakukan akan dijadikan jurnal harian penyelidik.

Penganalisisan data

– data yang dikumpul akan diselidik dan dianalisis menurut kepada Bodgan dan Biklen. Khususnya, perkataan dan ayat yang selalu digunakan perlu dititik beratkan. Pengulangan perkataan dan ayat yang digunakan boleh digunakan untuk menyusun data yang diperolehi.

Kesimpulan – setelah kajian dilakukan selama 6 minggu, pelajar menunjukkan motivasi mereka dalam mempelajari Sejarah.

Artikel 3

Sampel - pelajar gred 6 'Social Studies' di salah sebuah sekolah di West Virgina, US.

Setting - dijalankan di dalam bilik darjah.

Prosuder Kajian - dijalankan secara kolaboratif (guru pelatih dan guru pembimbing)
- dijalankan selama 20 sesi pengajaran.
- tujuan utama adalah untuk mengaktifkan pelajar dalam aktiviti
dalam sesi pembelajaran. melibatkan penekanan dari segi motivasi
dan penglibatan pelajar.

Metodologi - dalam projek kajian ini pelajar di dalam kelas gred 6 diberikan
aktiviti yang perlu mereka lakukan. di dalam kajian ini, penyelidik
memberi penekanan terhadap penglibatan aktiviti seni.

Pengumpulan data - melalui temubual pelajar ( guru pelatih menebual pelajar berkaitan
tentang sesi pembelajaran dan apa perubahan mereka inginkan dalam
kelas mereka), rekod guru mengenai penglibatan pelajar, pelajar
diberikan penilaian ujian yang berskala 1-10 dan memberikan
maklum balas.

Penganalisisan data - menerusi maklumat yang diperolehi, data dianalisis secara
berterusan. guru pelatih akan merefleksi segala maklumat
semasa sesi pembelajaran dan data yang dikumpul.

1 comment:

  1. Belajar Bahasa dengan Komputer:

    http://www.syahrulnizam.com/2009/06/belajar-bahasa-dengan-komputer.html

    ReplyDelete