Friday, May 15, 2009

KULIAH KE-3 (TEORI PERUBAHAN-DR.IZHAM)

Perubahan adalah merupakan sebahagian dari kehidupan seharian. Tiada sesuatu di dunia ini yang kekal atau yang tidak berubah. Setiap perubahan perlu diurus dengan sebaik-baiknya bagi memudahkan ketika dalam proses perlaksanaan.

Konsep Perubahan

-Perubahan merupakan suatu elemen yang wujud dalam kelakukan pelbagai organisasi dimana pengurusan yang ingin membuat perubahan akan berhadapan pelbagai rintangan. Dalam pendidikan, perubahan memang tidak dapat dielakkan.Kadangkala ia mewujudkan ketidakpastian.

Jenis-jenis Perubahan

Mengikut Dessler (1995),terdapat 4 jenis perubahan :

1)Perubahan Ke arah Peningkatan
2)Perubahan Strategik Organisasi
3)Perubahan Reaktif
4)Perubahan Akibat Daripada Jangkaan

Perubahan Adalah Kompleks

-Proses Evolusi (kesan dalam tempoh yang panjang) dan Revolusi (perubahan yang pantas dan meninggalkan kesan yang mendalam)

Perubahan Itu Multidimensi (6 dimensi)

1)Tujuan Perubahan
- mengadakan penambahbaikan terhadap suatu keadaan atau sistem.
- Perubahan peringkat pertama - untuk kembali kepada keadaan asal dan untuk mempertingkatkan pencapaian atau keadaan sistem itu tanpa mengubahnya.
- Perubahan Peringkat kedua - pindaan yang drastik

2)Unit Perubahan
- merujuk kepada fokus utama.
- terdiri daripada individu, kumpulan/pasukan, jabatan, organisasi, sitem organisasi, komuniti.
- dari unit yang kecil kepada unit yang besar.

3)Sifat Perubahan
- daripada unit yang lebih besar kepada peringkat yang lebih kecil (Daft-1983)
- mengubah sikap dan tingkah laku atau kedua-duanya

4)Magnitud Perubahan
- perubahan yang besar (hasilan yang menarik)
- perubahan yang kecil (mudah diimplementasikan)

5)Skop Perubahan
- penambahbaikan atau inovasi ditentukan dengan instrumen penilaian.
- perubahan sikap dan amalan (Hall dan Hord -2001)

6)Jangkamas Perubahan
- perbezaan dari segi hubungan masa dan kesan perubahan.
- 3 jenis perubahan yang dilalui oleh pelanggannya:
= spontan
= minima
= berterusan
- berbentuk kitaran dalam tempoh 10 hingga 15 tahun.

Model-model Perubahan.

1)Model Penggabungan Roger
- bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenal pasti.
- berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal, atau jangkaan pembangunan akan datang.
- menyiasat permasalahan itu dan bagaimana ia akan diselesaikan. melibatkan eksperimen dan ciptaan yang banyak.
- mungkin terhasil daripada amalan praktikal (pengamal mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul.
- knowing-in-action

2)Model Kanter
- 4 tugas utama inovasi:
= Penjanaan Idea
= Membina Idea
= Realisasi Idea
= Pemindahan Idea

3)Model Rand
- memandu ke arah pengumpulan data dan analisis.
- perubahan di sekolah (3 langkah)
= Daya usaha
= Implementasi
= Penggabungan

4)Model Acot
- Projek Apple Classroom of Tomorrow (ACOT)=pengenalan komputer dalam bilik darjah.
- 5 langkah perubahan :
= Kemasukan (Entry)
= Memilih (Adoption)
= Menyesuaikan (Adaptation)
= Penggunaan (Appropriation)
= Mereka Cipta (Invention)

No comments:

Post a Comment