Kajian Tindakan Dalam Pendidikan
-Dalam pendidikan khususnya dalam konteks bilik darjah, kajian tindakan dilakukan oleh guru dengan meneliti, menyelidik atau mengkaji adalah bertujuan untuk penambahbaikan iaitu bagaimana sesuatu kemahiran atau teknik dalam pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan dan memberi impak kepada pelajar.
Langkah-langkah proses kajian tindakan (Johnson, 2005)
Kajian Kepustakaan
Berdasarkan rajah di atas (langkah-langkah proses kajian tindakan Johnson), kajian kepustakaan sangat penting dalam melakukan sesuatu kajian tindakan. Kajian kepustakaan merupakan sorotan ke atas bahan-bahan literature seperti jurnal, artikel, seminar dan laporan.
Membandingkan dan Membezakan
-mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan:
1) Ciri
2) Sifat
3) Kualiti
4) Unsur sesuatu objek atau peristiwa
Langkah Penggunaan
-melihat sample, prosuder, pengumpulan dan penganalisisan data.
-kenal pasti ciri kajian itu.
Menganalisis
-menghuraikan kepada bahagian yang lebih kecil.
-digunakan untuk mengenal bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian, mengenalpasti prinsip-prinsip yang terlibat.
-satu kemahiran yang kompleks yang memerlukan kemahiran berfikir.
Menilai
-membuat pertimbangan tentang suatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti dan dalil yang sah.
-untuk memilih sesuatu dan menerima atau menolak sesuatu item.
Membuat kesimpulan
-membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
Sintesis
-satu proses menggabungkan idea, unsur, item dan perkara-perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran secara menyeluruh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SELAMAT HARI GURU
ReplyDeleteSelamat ber-Kajian Tindakan
Selamat ber-Seminar
SELAMAT HARI GURU
ReplyDeleteSelamat ber-Kajian Tindakan
Selamat ber-Seminar