Monday, May 25, 2009

Ulasan Buku Action Research (Tugasan 1)

Judul : AShort Guide to Action Research
Nama Pengarang : Andrew P. Johnson
Tahun : 2005
Tempat Terbit : United States of America
Penerbit : Pearson

APA ITU KAJIAN TINDAKAN?

Sebagai pengenalan, buku ini memberi penerangan tentang apa yang dimaksudkan dengan kajian tindakan menurut beberapa pandangan tokoh-tokoh. Antaranya :

1) Hessen, 1996; McTaggart, 1997; Schumuck, 1997 – mereka memberi pendapat kajian tindakan ialah proses untuk mengkaji masalah yang berlaku di dalam bilik darjah atau sekolah yang melibatkan proses pembelajaran dan pengajaran. Seterusnya memperbaiki kualiti tindakan yang dilakukan di dalam bilik darjah.

2) Foshy, 1998; Tomlinson, 1995 – mereka pula memberi takrifan kajian tindakan merupakan sejenis penemuan yang dirancang, disusun dan boleh dikongsi dengan orang lain tentang maklumat yang diperolehi.
Kajian tindakan yang dilakukan adalah bermatlamat untuk memperbaiki teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dan seterusnya meningkatkan fungsi sesebuah sekolah.


KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Antara 10 ciri kajian tindakan yang diterangkan penulis di dalam buku ini ialah :

 Merupakan satu proses yang sistematik dimana terdapat langkah-langkah dan susunan yang perlu diikuti sepanjang pemerhatian.
 Tidak dimulakan dengan jawapan. Ini kerana jika ia dimulakan dengan jawapan, bermakna tiada kajian yang akan dilakukan kerana jawapan telah diketahui.
 Kajian yang dilakukan tidak terlalu merumitkan sehingga tidak difahami oleh pembaca. Seharusnya hanya dimasukkan perkara yang penting sahaja dalam pemerhatian atau laporan yang dilakukan.
 Merancang dengan baik sebelum melakukan proses pengumpulan data. Perancangan dan penjadualan perlu dilakukan terlebih dahulu.
 Mengambil masa yang panjang dan tidak terlalu singkat. Ini kerana jika proses mengumpul data dilakukan dalam tempoh yang singkat, dapatan kajian yang diperolehi tidak dapat memberikan jawapan yang sepatutnya kepada soalan yang dibuat.
 Perlu melakukan pemantauan. Namun, tidak perlu mengambil masa yang terlalu lama. Jika boleh ianya dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
 Sesuai dilakukan terhadap projek yang mudah. Dan amat sesuai kepada penyelidik yang baru hendak melakukan kajian tindakan.
 Kadang kala kajian tindakan yang dilakukan boleh menjadi teori kepada sesuatu kes.
 Bukan satu bentuk kajian kuantitatif.
 Hasil kajian kuantitatif dalam kajian tindakan yang dilakukan adalah satu bentuk hasil yang terbatas.


KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN

Antara kepentingan kajian tindakan yang ditekankan dalam buku ini ialah :

• Kajian tindakan yang dilakukan boleh merapatkan jurang perbezaan antara kajian pendidikan dengan amalan pengajran.
• Kuasa guru boleh dipermudahkan dengan berlakunya kajian tindakan.
• Kajian tindakan yang dilakukan juga boleh digunakan bagi menggantikan perkhidmatan yang tradisional kepada meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan professional guru.

REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Di bawah merupakan reka bentuk kajian tindakan yang dikemukan di dalam buku ini. Penerangannya seperti berikut :

 Langkah pertama : timbulkan persoalan terlebih dahulu. Antaranya : apa yang ingin diketahui? Apa yang menyebabkan kamu tertarik untuk mengkaji kajian tersebut? Mencari sesuatu yang berkaitan dengan diri kamu atau apa yang yang hendak dikaji dengan lebih mendalam.

 Langkah kedua : dalam proses pengumpulan data penyelidik mestilah focus dan komponen dan elemen yang terkandung di dalam maklumat data haruslah ditentukan sebelum kajian dilakukan.

 Langkah ketiga : pengumpulan dan penganalisisan data. Dalam menganalisa data haruslah ditekankan kepada tema, kategori atau bentuk-bentuk yang timbul.


 Langkah keempat : penyelidik membuat tindakan terhadap kajian tindakan yang dilakukan berdasarkan kepada kesimpulan dan saranan yang diperolehi. Kemudian, daripada tindakan yang dilakukan tentukan apa yang akan berlaku dan sejauhmana keberkesanan tindakan yang dilakukan.

 Langkah keenam : membuat kajian kepustakaan terhadap jurnal, dokumen, buku dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk yang ingin dikaji.

METOD PENGUMPULAN DATA

Antara beberapa kaedah pengumpulan data yang dikemukakan penulis di dalam buku ini ialah seperti :

• Log atau kajian jurnal – langkah pengumpulan data ini adalah menggunakan komputer untuk merekod pemerhatian yang dilakukan. Melalui kaedah ini maklumat yang pelbagai perlu dipilih dan dimasukkan dalam data.

• Nota lapangan - tulisan hasil pemerhatian yang dilihat di dalam bilik darjah. permulaan kajian, biasanya kita tidak tahu apa yang hendak direkod. Kaedah ini biasanya guru mencatat apa sahaja yang dilihat dan mencatat apa yang penting sepanjang pemerhatian. Terdapat 3 cara untuk guru merekod.1) ketika guru mengajar. 2) guru menyediakan fail pelajar dan melihat perkembangan pelajar dan dimasukkan di dalam fail. Merupakan teknik pengumpulan data yang terbaik untuk kajian tindakan. 3) membuat catatan dan refleksi.

• Senarai semak – senarai perkara-perkara khusus yang terlibat seperti sikap, tugasan dan kemahiran. Senarai semak pelajar dilakukan oleh pelajar untuk menilai aktiviti yang mereka sertai. Manakala senarai semak guru digunakan oleh guru untuk menyemak kemahiran-kemahiran yang belum dan telah diajar.

• Temuduga dan konferen – temuduga bermaksud pelajar menjawab soalan dan member respon terhadap soalan yang dirangka. Manakala konferen pula merupakan pelajar bercakap tentang tugasan mereka dan aspek yang berkaitan dengan bilik darjah. Ianya boleh dilakukan secara individu atau di dalam kumpulan kecil.

• Video dan pita rakaman – video disediakan untuk merakam keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran dan melihat persembahan dan teknik pedagogi guru. Manakala pita rakaman membolehkan guru mendengar semula maklumat yang diperolehi.

• Senarai semak penilaian – ia digunakan oleh guru untuk menilai tingkah laku pelajar sepanjang pemerhatian untuk mendapatkan maklumat. Cara ini lebih berkesan bagi kajian tindakan dan pentaksiran bilik darjah.

• Hasil kerja pelajar – boleh dijadikan sumber maklumat.

• Tinjauan – dapat diperolehi dengan cepat. Dua respon boleh dikemukakan iaitu respon terbuka dan respon tertutup.

• Skala sikap dan skala nisbah – kedua-dua skala ini berbentuk memberi soalan kepada pelajar di mana mereka perlu memilih satu daripada pilihan jawapan.

• Data penyimpanan rekod – guru perlu mengikut prosedur yang ditetapkan dan menggunakannya dengan penuh etika.

• Laman web, jurnal atau email – kaedah ini lebih canggih dan berkesan.

METOD PENGANALISISAN DATA

Analisis – membuat pecahan dan pembahagian terhadap sesuatu perkara kepada beberapa komponen kecil supaya mudah untuk difahami.

Penulis membahagikan metod penganalisisan data ini kepada tiga elemen iaitu :

1. Ketepatan dan Kebenaran


 Ketepatan – Data yang dikumpul mestilah dapat menggambarkan gambaran sebenar berkaitan apa yang dikaji.
 Kebenaran – kajian yang dilakukan dapat dipercayai kebenarannya.
 Ada 7 tip yang dapat membantu :

a) Merekod pemerhatian dengan berhati-hati dan secara tepat.
-Sentiasa melakukan ‘double-check’ untuk memastikan apa yang direkod sama dengan apa yang diperhati.


b) Penghuraian semua fasa /peringkat data yang dikumpul dan dianalisis.
-Dalam proses merekod, buat penghuraian dengan panjang lebar berkaitan setiap step yang digunakan untuk pengumpulan dan pengalisisan data.

c) Pastikan apa yang direkod dan laporan yang dibuat semuanya yang penting.
-Rekod secara keseluruhan dan jangan meninggalkan data yang penting dan dipercayai.

d) Jadikan matlamat dalam setiap penghuraian dan pentaksiran berkaitan apa yang diperhatikan.

e) Gunakan sumber data secukupnya.
-Pemerhatian dan penganalisisan akan lebih tepat dan benar jika kita mampu memperoleh kesamaan cara untuk menggunakan dua atau lebih bentuk data.
-Untuk pemerhatian dalam masa yang singkat (2-4 minggu), penulis biasanya akan menggunakan sumber secara minimum.
-Manakala untuk pemerhatian dalam tempoh yang panjang, sumber yang digunakan berdasarkan penyoalan dan apa jenis data yang dikumpul.


f)Gunakan sebaiknya sumber data yang diperolehi.
-Penulis member contoh, jika beliau berminat untuk memahami bagaimana pelajar sekolah kelas pertengahan menggunakan kejenakaan (humor), beliau akan melakukan temubual dengan pelajar-pelajarnya. Walaupun cara ini akan melengkapi maklumat, data yang diperolehi akan mengurangkan ‘reflection’ sebenar yang penulis cuba perhatikan.


g) Pemerhatian dalam tempoh yang panjang.
-Untuk 3 minggu pemerhatian hanya akan memperoleh sedikit maklumat berbanding 3 bulan pemerhatian, anda akan memperoleh data yang lebih tepat dan benar. Pemerhatian yang lama akan menentukan lebih banyak cara yang boleh digunakan berbanding pemerhatian yang pendek.

2. Validity (Kesahihan), Reliability (Keadaan yang boleh dipercayai) dan Triangulation (Rangkaian Segitiga)

a) Validity (Kesahihan)

 Kadar ukuran dalam lapioran sukatan.
 Sebagai contoh : jika mahu menilai kemampuan penulisan pelajar sekolah rendah penulis akan memberi ujian perbendaharaan kata dimana terdapat 4 pilihan jawapan dan memilih satu jawapan daripadanya.

b) Triangulation (Rangkaian Segitiga)

 Mencari lebih dari satu pandangan. Bentuk ini member gambaran kepada kita untuk melihat dari semua aspek situasi/keadaan.
 Dalam kajian tindakan, rangkaian segitiga itu dapat dicapai dengan mengumpul pelbagai jenis data, menggunakan pelbagai maklumat data, mengumpul data pada masa yang berbeza dan meminta pendapat orang lain untuk melihat kembali data yang telah diperolehi untuk memastikan ketepatan dan menyesuaikan ketepatan anda.

c) Reliability (Keadaan yang boleh dipercayai)

 Kadar dimana ujikaji yang dilakukan boleh dilakukan semula dengan menggunakan keputusan yang sama yang diperolehi.
 Setiap kajian yang dilakukan pada masa yang berbeza sebenarnya untuk melihat benda yang berbeza.
 Dapatan kajian yang diperolehi, bukanlah dapat membuat kesimpulan keseluruhan secara umum dan gambaran kasar, sebaliknya sebanarnya mereka lakukan untuk memahami secara khusus kesamaan maklumat situasi lain.

3) Inductive Analysis (dorongan analisis)

 Melihat kumpulan data dan cuba untuk membina susunan berdasarkan pemerhatian yang dilakukan. Sebagai permulaan, ia dilakukan dengan pengumpulan data, perhatikan item berulang kali, tema atau cara yang timbul. Perkara yang sama perlu diberi penekanan dan dipindahkan dengan mengikut kategori nama.
 Proses ini dapat membantu apabila kita mulakannya dari pengumpulan data kerana kategori yang dilakukan dapat membantu kita apa yang perlu dilakukan selanjutnya berdasarkan data yang dikumpul.

No comments:

Post a Comment